Archive for March, 2007
Waheeda - Melodi Ahlan
Tuesday, March 27th, 2007
Waheeda_-_Melodi_Ahlaan_-_01_-_Melodi_Ahlaan.mp3
Waheeda - Melodi Ahlan
(Chorus)
Ahla ya habayib ahla
Tanda salam pembuka
Keluarga, taulan, saudara
Moga berbahagia
Ahla ya habayib ahla
Tanda salam pembuka
Melodi kasih dan mesra
Ahla Ahla
Kian lama kian menjalar
Jalinan kasih yang disebar
Melodi jiwa digubah
Salam seisi dunia
Hadirnya kalam bernada
Satu kalam berjuta warna
Alunkanlah bersama
Mekarlah muhabbah mekarlah
Lay lay lay
Lay lay lay lay lay
Lay lay lay
Lay lay lay lay lay
Lay lay lay
Lay lay lay lay lay
Layla layla la (Repeat 2X)
(Chorus)
Amigo mio tesoro mio
Amigo mio si supieras cuanto vales en mi vida
Tantas cosas han pasado desde que nos conocimos
Algerias y sonsiras compartimos dia dia ( Fueron dulces los momentos que vivi junto a ti)
Canta el ritmo de tu Corazon
Trasmite lo que sientes
A traves de una cancion
Que las penas del alma son mas faciles
Si lo dices cantando
Que la vida es mas dulce si la vida cantando
(Bridge)
Hoy ha llegado el momento de decirte adios
Pero antes de marcharme te dedico esta cancion
Melodi kata mesra, melodi tanda setia
Melodi cinta warna dunia
Lay lay lay
Lay lay lay lay lay
Lay lay lay
Lay lay lay lay lay
Lay lay lay
Lay lay lay lay lay
Layla layla la (Repeat 2X)
Alunkanlah.
(Chorus)
Ahla ya, Layli layli
Ahla ya, Ooooo..
Ahla ya, Layli layli
Ahla ya, Mmmm..
(Chorus)
PENGUMUMAN KONSERT KE-3 !!!
Tuesday, March 27th, 2007Pihak ASTRO melaui diari AF malam tadi (26/03/07), AZNIL
telah mengumumkan bahawa konsert minggu ke-3
telah pun dipindahkan pada 01APR 2007 waktu 1.30PTG ( 1330hrs)
Hari Sabtu 31/03/07.. adalah hari sambutan maulidul rasul dan
dan tema minggu ini ada kena mengena dengan lagu2 yang telah
dipilih dan ditugaskan pada pelajar.. maka konsert kali ini diubahkan
Tugasan Lagu Minggu Ketiga AF5
Tuesday, March 27th, 2007Minggu ketiga ini akan menyaksikan sebuah konsert yang bertemakan kemanusiaan. Lagu-lagu yang akan dipersembahkan bermesejkan ketuhanan dan lagu yang bermesejkan positif.
Senarai Lagu
â–ª Al Jannah - Mawi oleh Ebi
â–ª Melodi Ahlan - Waheeda oleh Heliza
â–ª Melukut Di Tepi Gantang - Aishah oleh Mila
â–ª Hijau Bumi Tuhan - XPDC oleh Aswad
â–ª Terlalu Istimewa - Adibah Noor oleh Candy
â–ª Erti Hidup - Dayang Nurfaizah oleh Fatin
â–ª Ku Berlari - Firdaus oleh Shawal
â–ª Ode to My Family - Cranberries oleh Noni
â–ª Aku Tanpa Cinta-Mu - Mirwana oleh Dafi
â–ª Permaidani - Aris Ariwatan oleh Rizal
â–ª Kembara Di Tanah Gersang - Al Jawaher oleh Dekna
â–ª Insan - Yantzen oleh Farha
â–ª Warisan - Sudirman Hj. Arshad oleh Aizat
Penilaian Aku Sendiri
Tuesday, March 27th, 2007Kritikan Konsert AF5 1
Fauziah Latiff,Hattan dan Ogy dipilih sebagai pengkritik tetap untuk musim ini. Komen makin positif kepada pelajar2.
Komen Persembahan
Candy - Semua Jadi Satu 7/10
Rizal - Kembali Merindu 6.5/10
Ebi - Bailamos 7/10
Heliza - Aku Bukan Utk Mu 9/10
Aizad - Basketcase 8.5/10
Fatin- Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu 8/10
Farha - Biarkan Aku Menangis 8/10
Mila - Got To Tell You 7.5/10
Afiq - Biso Bonar 7.5/10
Noni - Mi Rae 8.5/10
Dekna - Cinta 7.5/10
Dafi - Pencinta Wanita 8/10
Aswad - Nak Kahwin, Duit Tak Ada 8.5/10
Shawal - Kenangan Mengusik Jiwa 9.5/10
Rumusan
Persembahan Pilihan - Heliza, Noni & Shawal
Pelajar Pertama Tersingkir : AFIQ
Laporan Konsert Mingguan Kedua
Tuesday, March 27th, 2007
Konsert kedua Akademi Fantasia 5 (AF5) yang diadakan di Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelihatan lebih baik sedikit daripada konsert pertama.Sekurang-kuangnya pengetuanya, Roslan Aziz, menyedari beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Paling ketara susunan muzik kedengaran lebih elok dan adegan tangisan sedu sedan tidak keterlaluan.
Kritikan Ogy tidak sepedas seperti minggu yang lalu. Ramai yang tertanya-tanya akan perubahan pengkritik tetap yang terkenal dengan kata-kata pedas
Namun apa yang menjadi kemusyikilan tentang kritikan yang diberikan oleh pengkritik tetap AF terutamanya Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy.
Dari mula konsert hingga ke akhir semua persembahan dipuji. Bukan sedikit-sedikit kadangkala terasa janggal pula apabila daripada pemerhatian kita persembahan tersebut kurang memberangsangkan.
Nasib baik dua pengkritik lagi, Hattan dan Fauziah Latiff tidak terlalu ‘over’ memuji. Apa faktor yang menyebabkan pengkritik paling lantang itu bersikap sedemikian. Jelas kritikan itu seolah-olah tidak berapa ikhlas datangnya dari Ogy.
Seakan-akan sikap Ogy seperti mahu membantu supaya konsert tersebut tidak terus menerus dihentam oleh pihak media mahupun pemerhatian luar. Atau Ogy menerima arahan daripada pihak tertentu agar memberi kritikan yang lebih lembut dan bersopan santun. Hanya Ogy sahaja yang mempunyai jawapan disebalik perkara itu.
Ketika ditemui selepas konsert kata Ogy, “Kritik malam ini datangnya dari saya sendiri. Bukannya diarah oleh orang atasan atau sebagainya. Ini yang saya mahukan dari mereka. Bila minggu lepas saya bagi kritikan membina mereka menerimanya dan buktinya persembahan malam ini nampak peningkatannya.â€
Tambah pelakon dan penyanyi ini lagi, kesemua pelajar mempamerkan persembahan yang memberangsangkan berbanding minggu lalu.
“Nampak peningkatan jika minggu lepas hanya 30% yang diberi tapi minggu ini persembahan mereka boleh dikatakan 60 % lebih bagus. Ada kesungguhan daripada pelajar-pelajar itu. Saya happy dengan persembahan minggu ini,†katanya.
Kata Ogy lagi persembahan Dekna, Shawal patut diberi pujian, “Dekna gedik bertempat dan Syawal juga tidak menghampakan. Dafi pula, memang tak dapat dinafikan mempunyai beberapa kelemahan tapi dia mesra kamera. Saya yakin dia akan belajar lebih lagi jika masih bertahan dan berharap dia akan mendapat lagu yang lebih mencabar kredibilitinya.â€
Sama seperti konsert-konsert terdahulu pastinya akan ada kejutan yang diadakan. Jika tidak ada kejutan bukan AF namanya. Kejutan minggu ini pihak penerbit membawakan 3 diva iaitu Kris Dayanti, TT D.J dan Ruth Sahanaya sebelum Candy tampil membuat persembahan untuk memberi semangat kepadanya.
Namun apa yang ingin dipersoalkan ialah masih wujud adegan cium pipi yang sepatutnya tidak berlaku antara tiga diva itu dengan penari yang muncul memberikan bunga kepada mereka.
Pengurus Saluran Astro Ria Khairul Mizan Shagull berkata, “Mungkin itu cara 3 diva tersebut. Style mereka memberi penghargaan.â€
Mungkin pihak penerbit sepatutnya memberi garis panduan kepada artis jemputan mahupun penari supaya lebih sensitif dengan budaya masyarakat Malaysia.
Ditanya tentang penari-penari yang berpakaian seksi yang juga dilihat tidak bersesuaian untuk ditonton oleh seisi keluarga, jawab Khairul Mizan, “Kita akan kaji perkara itu. Kami akan berbincang dengan pihak produksi nanti mengenai perkara tersebut.â€
Konsert yang biasa-biasa saja
Jika ingin dikatakan tentang konsert tempoh hari daripada lima bintang mungkin hanya 2 bintang boleh diberikan. Bukan tidak mahu memuji namun tiada apa yang terlalu istimewa ingin diperkatakan.
Mungkin persembahan Candy, Syawal, Heliza bolehlah dikatakan okay. Namun yang lain-lain masih ditakuk lama. Persembahan Ebi menerusi lagi Bailamos kelihatan agak kelakar dan kurang menarik namun tetap diberi pujian.
Aizat pula tampak jelas over confident tatkala menyanyikan lagu Basket Case. Bukan tidak boleh, tetapi mungkin lebih elok disimpan sedikit perasaan tersebut.
Satu-satunya peserta paling cute, Dafi masih seperti minggu lalu. Sekadar menyanyikan lagu yang mencukupi syarat, vokal Dafi masih belum tergugat. Manakala Dekna yang menyanyikan lagu Cinta, Rizal (Kembali Merindu), Fatin( Bila Rindu Ku Sebut Namamu) Farha (Biarkan Aku Menangis) dan Mila (Gotta Tell You) masih mempamerkan sebuah persembahan yang sekadar cukup-cukup makan.
Mereka perlu berebut peluang yang ada untuk menonjolkan diri masing-masing agar tidak terkeluar untuk minggu-minggu seterusnya.
Namun pujian patut diberikan kepada Noni kerana berjaya menyanyikan lagu Jepun, Mi Rae dengan baik. Mungkin bukan satu tugas yang mudah tetapi beliau mengambil inisatif untuk relaks dan menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
Bagi Aswad pula, baru pertama kali beraksi di pentas nyata dia seakan-akan jelmaan salah seorang kumpulan boria dari Pulau Pinang. Mungkin dia patut mengubah apa yang perlu jika mahu bergelar penghibur AF.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8c0113d0-c0a85062-1d10ea20-4a10da3f
Rumusan Diari AF5 minggu kedua
Saturday, March 24th, 2007- * Aswad dan Fatin kembali ke akademi.
- * Pelajar dah mula mesra. Dah nampak bibit-bibit cinta antara pelajar.
- * Tak abis-abis pelajar ke hospital. Afiq bahu terkehel & Dekna sakit hidung.
- * Candy pula tak puas ati dgn lagu yg dia dapat.
- * Lain-lain semua OK.
Tugasan Lagu Minggu Kedua AF5
Saturday, March 24th, 2007â–ª Semua Jadi Satu - 3 Diva -Candy
â–ª Biarkan Aku Menangis - Tommy J. Pissa - Farha
â–ª Cinta - Amy Mastura -Dekna
â–ª Pencinta Wanita - Irwansyah- Dafi
â–ª Gotta Tell You - Samantha Mumba - Mila
â–ª Bailamos - Enrique Iglesias - Ebi
â–ª Aku Bukan Untukmu - Rossa - Heliza
â–ª Biso Bonar - Hattan- Afiq
â–ª Basket Case - Greenday - Aizat
â–ª Kenangan Mengusik Jiwa - A. Ramlie - Shawal
â–ª Bila Rindu Kusebut Namamu - Siti Fairuz - Fatin
â–ª Kembali Merindu - Slam -Rizal
â–ª Nak Kahwin Duit Tak Ada - Sweet September - Aswad
â–ª Mirai E - Kiroro -Noni
Laporan konsert pertama
Saturday, March 24th, 2007Kritikan Konsert AF5 1
Fauziah Latiff,Hattan dan Ogy dipilih sebagai pengkritik tetap untuk musim ini.
Komen Persembahan
Aizat - Kasi gegar sket!! (Pangeran Cinta) 6/10
Afiq - Caya beb!! (Janjiku) 3/10
Mila - What’s up!! What’s up!! Check it out guys!! (Bersamamu) 4/10
Dafi - Baik Punya!! (Uptown Girl) 5.5/10
Diya - Cak!! (Aku masih setia) 5/10
Farha - Mantap tu Joe!! (Balada Pemuzik Jalanan) 8/10
Ebi - Relaks!! (Milik siapakah gadis itu?) 4.5/10
Dekna - Wow!! (Tanpamu) 5.5/10
Shawal - Agogo!! (Harapan) 5/10
Candy - Miaww!! (Ka Ching) 6.5/10
Rizal - Sik cayak?? (Menanti Sebuah Jawapan) 3.5/10
Noni - Peace muaahhh!!! (Tak ada logika) 9/10
Heliza - Beres!! (Kau pergi jua) 9.5/10
Rumusan
Persembahan Pilihan - Heliza, Noni & Farha
Pelajar Pertama Tersingkir : DIYA
Rumusan Diari AF5 minggu pertama
Saturday, March 24th, 2007- * Aswad kena Chicken Pox.
- * Bibir Fatin pula pecah-pecah dan menghadapi kesukaran untuk menyanyi.
- * Zana tarik diri di saat akhir kerana ’stress’.
Tugasan Lagu Minggu Pertama AF5
Saturday, March 24th, 2007Angkat Kaki - Sheeda : Dinyanyikan oleh Fatin
Akhirnya Kini Pasti - Anita Sarawak : Dinyanyikan oleh Zana
Tak Ada Logika - Agnes Monika : Dinyanyikan oleh Noni
Bersamamu - Siti Sarah : Dinyanyikan oleh Mila
Kau Pergi Jua - Adam Ahmad : Dinyanyikan oleh Heliza
Aku Masih Setia - Dia Fadila : Dinyanyikan oleh Diya
Tanpamu - Farawahida : Dinyanyikan oleh Dekna
Ka-Ching - Shania Twain : Dinyanyikan oleh Candy
Harapan - Fazli Zainal : Dinyanyikan oleh Shawal
Menanti Sebuah Jawaban - Padi : Dinyanyikan oleh Rizal
Balada Pemuzik Jalanan - Search : Dinyanyikan oleh Farha
Milik Siapakah Gadis Ini - Sudirman Hj Arshad : Dinyanyikan oleh Ebi
Uptown Girl - Westlife : Dinyanyikan oleh Dafi
Janjiku - Sofaz : Dinyanyikan oleh Afiq
Pangeran Cinta - Dewa : Dinyanyikan oleh Aizat
Aku Hanya Serangga - BPR : Dinyanyikan oleh Aswad
NONI
Saturday, March 24th, 2007Nama Samaran : NONI
Nama Penuh : NONNY NADIRAH BINTI ZAINUDDIN
Bangsa : SINO-NATIVE
Umur : 18 TAHUN
Asal : KOTA KINABALU, SABAH
Tarikh Lahir : 21 JULAI 1989
Tinggi : 158 CM
Berat : 53 KG
Hobi : MENYANYI, MENARI & MENDENGAR MUZIK
Penyanyi Idola : SHAKIRA
Deskripsi : Gadis periang yang suka ketawa. Pandai menyembunyikan situasi sebenar dengan sikapnya yang suka ketawa. Berdarah campuran, kacukan Cina dan Melayu. Mudah mesra dengan semua orang dan bersikap ’selamber’


