Random Post: Ramli Sarip - Ramadhan
RSS 2.0
  • Home
  • About
  •  

    Laporan Konsert Mingguan Kedua

    Konsert kedua Akademi Fantasia 5 (AF5) yang diadakan di Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelihatan lebih baik sedikit daripada konsert pertama.Sekurang-kuangnya pengetuanya, Roslan Aziz, menyedari beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Paling ketara susunan muzik kedengaran lebih elok dan adegan tangisan sedu sedan tidak keterlaluan.

    Kritikan Ogy tidak sepedas seperti minggu yang lalu. Ramai yang tertanya-tanya akan perubahan pengkritik tetap yang terkenal dengan kata-kata pedas

    Namun apa yang menjadi kemusyikilan tentang kritikan yang diberikan oleh pengkritik tetap AF terutamanya Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy.

    Dari mula konsert hingga ke akhir semua persembahan dipuji. Bukan sedikit-sedikit kadangkala terasa janggal pula apabila daripada pemerhatian kita persembahan tersebut kurang memberangsangkan.

    Nasib baik dua pengkritik lagi, Hattan dan Fauziah Latiff tidak terlalu ‘over’ memuji. Apa faktor yang menyebabkan pengkritik paling lantang itu bersikap sedemikian. Jelas kritikan itu seolah-olah tidak berapa ikhlas datangnya dari Ogy.

    Seakan-akan sikap Ogy seperti mahu membantu supaya konsert tersebut tidak terus menerus dihentam oleh pihak media mahupun pemerhatian luar. Atau Ogy menerima arahan daripada pihak tertentu agar memberi kritikan yang lebih lembut dan bersopan santun. Hanya Ogy sahaja yang mempunyai jawapan disebalik perkara itu.

    Ketika ditemui selepas konsert kata Ogy, “Kritik malam ini datangnya dari saya sendiri. Bukannya diarah oleh orang atasan atau sebagainya. Ini yang saya mahukan dari mereka. Bila minggu lepas saya bagi kritikan membina mereka menerimanya dan buktinya persembahan malam ini nampak peningkatannya.”

    Tambah pelakon dan penyanyi ini lagi, kesemua pelajar mempamerkan persembahan yang memberangsangkan berbanding minggu lalu.

    “Nampak peningkatan jika minggu lepas hanya 30% yang diberi tapi minggu ini persembahan mereka boleh dikatakan 60 % lebih bagus. Ada kesungguhan daripada pelajar-pelajar itu. Saya happy dengan persembahan minggu ini,” katanya.

    Kata Ogy lagi persembahan Dekna, Shawal patut diberi pujian, “Dekna gedik bertempat dan Syawal juga tidak menghampakan. Dafi pula, memang tak dapat dinafikan mempunyai beberapa kelemahan tapi dia mesra kamera. Saya yakin dia akan belajar lebih lagi jika masih bertahan dan berharap dia akan mendapat lagu yang lebih mencabar kredibilitinya.”

    Sama seperti konsert-konsert terdahulu pastinya akan ada kejutan yang diadakan. Jika tidak ada kejutan bukan AF namanya. Kejutan minggu ini pihak penerbit membawakan 3 diva iaitu Kris Dayanti, TT D.J dan Ruth Sahanaya sebelum Candy tampil membuat persembahan untuk memberi semangat kepadanya.

    Namun apa yang ingin dipersoalkan ialah masih wujud adegan cium pipi yang sepatutnya tidak berlaku antara tiga diva itu dengan penari yang muncul memberikan bunga kepada mereka.

    Pengurus Saluran Astro Ria Khairul Mizan Shagull berkata, “Mungkin itu cara 3 diva tersebut. Style mereka memberi penghargaan.”

    Mungkin pihak penerbit sepatutnya memberi garis panduan kepada artis jemputan mahupun penari supaya lebih sensitif dengan budaya masyarakat Malaysia.

    Ditanya tentang penari-penari yang berpakaian seksi yang juga dilihat tidak bersesuaian untuk ditonton oleh seisi keluarga, jawab Khairul Mizan, “Kita akan kaji perkara itu. Kami akan berbincang dengan pihak produksi nanti mengenai perkara tersebut.”

    Konsert yang biasa-biasa saja

    Jika ingin dikatakan tentang konsert tempoh hari daripada lima bintang mungkin hanya 2 bintang boleh diberikan. Bukan tidak mahu memuji namun tiada apa yang terlalu istimewa ingin diperkatakan.

    Mungkin persembahan Candy, Syawal, Heliza bolehlah dikatakan okay. Namun yang lain-lain masih ditakuk lama. Persembahan Ebi menerusi lagi Bailamos kelihatan agak kelakar dan kurang menarik namun tetap diberi pujian.

    Aizat pula tampak jelas over confident tatkala menyanyikan lagu Basket Case. Bukan tidak boleh, tetapi mungkin lebih elok disimpan sedikit perasaan tersebut.

    Satu-satunya peserta paling cute, Dafi masih seperti minggu lalu. Sekadar menyanyikan lagu yang mencukupi syarat, vokal Dafi masih belum tergugat. Manakala Dekna yang menyanyikan lagu Cinta, Rizal (Kembali Merindu), Fatin( Bila Rindu Ku Sebut Namamu) Farha (Biarkan Aku Menangis) dan Mila (Gotta Tell You) masih mempamerkan sebuah persembahan yang sekadar cukup-cukup makan.

    Mereka perlu berebut peluang yang ada untuk menonjolkan diri masing-masing agar tidak terkeluar untuk minggu-minggu seterusnya.

    Namun pujian patut diberikan kepada Noni kerana berjaya menyanyikan lagu Jepun, Mi Rae dengan baik. Mungkin bukan satu tugas yang mudah tetapi beliau mengambil inisatif untuk relaks dan menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

    Bagi Aswad pula, baru pertama kali beraksi di pentas nyata dia seakan-akan jelmaan salah seorang kumpulan boria dari Pulau Pinang. Mungkin dia patut mengubah apa yang perlu jika mahu bergelar penghibur AF.

    http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8c0113d0-c0a85062-1d10ea20-4a10da3f

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image