RSS 2.0
  • Home
  • About
  •  

    Mila lega album sulung berjaya disiapkan

    BAHANG kehangatan Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang akan kembali tidak lama lagi pastinya sudah mula dirasai oleh rata-rata peminat program realiti popular itu.

    Sudah pastinya juga, impak kemunculan AF musim baru ini turut dirasai oleh artis-artis kelahiran program ini sejak musim pertama hinggalah yang kelima. Bagi yang sudah mempunyai hala tuju sendiri, pastinya tidak gentar menghadapi saingan dari ‘junior’ mereka ini kelak.

    Tetapi, bagi yang masih mencari-cari arah dalam industri ini, tentu akan sedikit gusar memikirkan

    Mila harap album sulungnya mampu mendapat tempat di hati peminat (Foto The Star oleh Norafifi Ehsan)

    ‘kedudukan’ mereka apabila AF6 menyusul nanti.Bagi juara AF5, Noorsyarmila Jirin atau lebih mesra dengan panggilan Mila, dia bagaimanapun berasa cukup bertuah kerana berjaya menghasilkan album sulungnya,  Mila…Persis Mutiara yang sudah pun berada di pasaran sejak 28 Disember lalu.

    “Saya lihat kemunculan AF6 ini dalam aspek yang positif. Sebenarnya, AF musim baru ini adalah pembakar semangat bagi kami artis-artis AF agar terus berusaha untuk pastikan nama kami tidak akan tenggelam,” kata Mila yang ditemui pada majlis pra-dengar album terbarunya itu, semalam.

    Mila…Persis Mutiara menampilkan lapan buah lagu seperti Mila Bila Cinta, Ilham Di Matamu, Aku Lebih Tahu dan lagu popularnya, Persis Mutiara.

    Antara komposer yang menyumbangkan lagu mereka di dalam album ini ialah Ajai, Audi Mok dan Yuriz.

    Turut dimuatkan ialah sebuah lagu khas yang didedikasikan buat Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin berjudul Pergi Mu, di mana lagu tersebut dicipta oleh Ketua Pengarah Operasi Maestro sendiri, Freddie Fernandez dan liriknya oleh Habsah Hassan.

    Mengulas mengenai album penyanyi berusia 21 tahun ini, kata Freddie, pihaknya terpaksa mengejar masa untuk menyiapkan album tersebut bagi memastikan Mila dapat bertanding di dalam Anugerah Industri Muzik (AIM) di mana hanya album yang dihasilkan sebelum 31 Disember tahun lalu saja layak dipertandingkan.

    “Bukan mudah untuk keluarkan album kerana kami ingin mencari lagu-lagu yang berkualiti. Kita juga menggunakan 100 peratus khidmat komposer tempatan.

    “Saya juga turut cipta sebuah lagu untuk Mila. Ini secara kebetulan saja kerana penulis lirik lagu tersebut, Habsah sendiri meminta saya untuk buat lagu itu.

    Album sulung Mila turut tampilkan lagu khas untuk Allahyarham Nurin Jazlin

    “Apapun, kerana kita mahu Mila sertai AIM pada tahun ini, kita cuba percepatkan proses penerbitan dan nampaknya album ini telah berjaya mendapat pencalonan untuk hampir semua kategori yang dipertandingkan,” ujar Freddie.Bercerita mengenai albumnya itu, kata Mila pula, dia melihat album sulungnya itu dapat menjadi platform untuk mengenengahkan namanya dengan lebih jauh lagi di dalam industri ini.

    “Selain AIM, Mila juga dapat sertai program IKON tidak lama lagi. Jadi, secara tidak langsung, ia boleh bantu perkembangan seni saya selain dapat mempromosikan album ini juga.

    “Secara peribadi, apa yang saya mahukan memang ada dalam album ini. Tetapi, saya tetap anggap album ini sebagai satu eksperimen dan biarlah peminat yang menilaikannya,” kata gadis kelahiran Pulau Pinang ini.

    Pertama kali terlibat di dalam penghasilan album, kata Mila, ia adalah satu pengalaman baru yang cukup bermakna buat dirinya.

    “Sekarang baru saya sedar proses ini sebenarnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Tetapi, saya rasakan perkara yang paling mencabar adalah sewaktu proses masukkan vokal…adakalanya perlu buat sampai tengah malam.

    “Lagu yang paling sukar pada saya sewaktu rakaman ialah Ilham Di Matamu. Ia ambil masa sehingga dua hari untuk rakamkan. Tetapi, seronok sebenarnya sebab dapat belajar banyak perkara baru,” jelas Mila.

    Gadis kecil molek ini juga turut berkongsi pengalamannya menyanyikan lagu Pergi Mu, yang merupakan tribute untuk Allahyarham Nurin, mangsa pembunuhan kejam yang turut didera secara seksual pada September tahun lalu.

    “Saya berkesempatan berjumpa dengan keluarga Allahyarham sebelum itu dan saya akui, lagu tersebut cukup menyentuh jiwa saya.

    “Bagi saya, ini adalah satu cara yang boleh saya lakukan untuk kita sentiasa mengenang Allahyarham,” tutur Mila.

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image