RSS 2.0
  • Home
  • About
  •  

    Pengacara AF6 Terjawab

    TAHNIAH AC Mizal dan Sarimah Ibrahim kerana diberi tanggungjawab menggalas program realiti paling popular Akademi Fantasia kali ini. Sudah masuk musim keenam, tentu ada pelbagai perancangan yang dibuat pihak penerbit untuk memperkukuhkan lagi program itu di mata masyarakat dan penggemarnya.

    Wanda sendiri tak sabar menantikan pembaharuan-pembaharuan yang bakal dibuat. Sebab sepanjang lima musim lalu, kita dah dapat baca “kezutan-kezutan” yang ingin dilakukan.

    Awal-awal musim memanglah seronok bermain dengan perasaan “kezutan” tu.

    Dan Wanda harap benar kalau nak kekalkan ranking dan rating sebagai program terlaris, kenalah buat kelainan yang memberi impak.

    Apakah kehadiran dua pengacara, AC Mizal dan Sarimah Ibrahim mampu melakukan tanggungjawab ini?

    Rasanya dengan pengalaman, AC Mizal yang bakal mengacara konsert mingguan dan Sarimah pula diari AF pasti mampu menyahut cabaran itu sekaligus menyuntik ‘rasa’ baru kepada AF6.

    Ramai tahu bagaimana keduanya mempunyai kelebihan berlawak yang spontan. Baik AC mahupun Sarimah.

    Malah Sarimah sendiri sudah agak dekat dengan AF apabila menggalas tanggungjawab Fail Sulit AF. Happening dan kecoh sungguh.

    Apakah gelagat Sarimah mengendalikan diari nanti akan sama dengan Kak Mah dalam Fail Sulit AF?

    Bagaimana pula AC? Wanda harap kedua-dua pengacara ini mampu ‘memainkan’ perasaan audiens dalam membantu meraih undi buat peserta.

    Kalau mungkin tidak lebih, mereka harus setanding dengan Aznil Haji Nawawi yang melaksanakan tugas mengendalikan konsert dan diari bersendirian sepanjang lima tahun bersama program kesayangan ramai ini.

    source : Utusan

    3 Responses to “Pengacara AF6 Terjawab”

    1. Atlanta Pontiac Dealers » Blog Archive » Pengacara AF6 Terjawab Says:

      [...] Read the rest of this great post here [...]

    2. Ismailn N Says:

      I am glad to learn that AC Mizal, an actor, singer and host of his own talk show, AC Di Sini, will be the host of the show. I believe he is the best person to fill in the big shoes left by the previous host of 5 seasons of Akademi Fantasia, Aznil Hj Nawawi. AC has proven, through his acting, singing and hosting career that he is a witty, funny, capable and creative fellow. Read my remaining comments here : http://myweblog.ismailn.info/?p=111

    3. OK Says:

      3 PERKARA AKAN MENJATUHKAN AF-1)PENGACARA-LE TUTUP SEBELAH MATA 2)-TENAGA PENGAJAR-LE TUTUP MATA LG 3)-PEMILIHAN SAIDA-LANGSUNG TAKLE TUTUP MATA

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image