Random Post: Mendua - Hampir Ke Situ
RSS 2.0
  • Home
  • About
  •  

    Konsert 1 : Pelajar Masih Gementar

    Konsert 1 : Pelajar Masih GementarPada Konsert Akademi Fantasia 6 minggu pertama, rata-rata pengkritik tidak berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan para pelajar. Apakah komen para pengkrtik kepada pelajar minggu ini?

    RINA

    Ning. Anda mempunyai suara yang sedap. Saya menunggu peningkatan pada  konsert akan datang.
    Ajai. Anda mempunyai penekanan dan lontaran suara yang jelas dan lagu ini sesuai dengan kemampuan vokal anda. Tiada masalah pitching dalam nyanyian. Mungkin pengalaman banyak membantu. Interaksi dengan penonton baik.
    Kak Ogy. Saya suka dengan keyakinan dan keberanian yang ditunjukkan. Tetapi tidak berasa teruja kerana tiada perasaan berahi ditunjukkan terhadap lagu.

    ALIF

    Ning. Anda berlu berhati-hati dengan tempo. Percaya diri untuk melepaskan suara
    Ajai. Nyanyian anda menyebakan rasa mengantuk. Perlu lebih yakin di pentas dan perlu berjaga-jaga dengan stamina.
    Kak Ogy. Anda kelihatan sungguh takut. Suatu persembahan yang sungguh membosankan. Emosi kosong.

    LUFYA

    Ning. Anda kelihatan sangat cantik dan mempunyai tone yang sedap. Saya dapat merasakan anda bercerita kepada penonton tetapi jangan terlalu gementar.
    Ajai. Anda kurang memberi rasa pada lagu yang dinyanyikan. Pitching kedengaran teruk mungkin kerana terlalu gementar. Warnakan sedikit nyanyian dengan sedikit getaran.
    Ogy. Bagusnya, anda suka berinteraksi dengan kamera  tetapi suara nampak letih.

    NAIM

    Ning. Tiada perasaan ketika melontarkan nota pertama. Kelihatan terlalu takut. Anda menyanyi seperti tiada perasaan. Perlu kerja lebih kuat
    Ajai. Anda seperti syok sendiri. Nyanyian anda teruk
    Kak Ogy. Nyanyian anda kosong. Anda seperti tidak melakukan apa-apa di atas pentas.

    IKA

    Ning. Anda perlu percaya pada suara sendiri. Nyanyian anda tidak mencukupi.
    Ajai. Banyak perkara yang anda perlu belajar. Nyanyian anda sengau dan sngat teruk.
    Kak Ogy. Penceritaan.melalui nyanyian anda tidak kesampaian. Elakkan memandang terlalu banyak ke bawah dan kurangkan pergerakan tangan

    TOI

    Ning. Persembahan yang menarik. Anda nampak bersahaja dan kelihatan sangat selesa di atas pentas
    Ajai. Pilihan lagu tepat dengan jiwa. Karektor anda menghasilkan sebuah persembahan yang baik.
    Kak Ogy. Persembahan yang menghiburkan, tetapi masih kabur dengan sebutan lirik. Saya suka dengan identiti dan tenaga yang ditunjukkan. Inilah sebuah persembahan yang jujur.

    NADIA

    Ning. Sebuah persembahan yang bagus. Penceritaan dalam nyanyian yang baik, Tidak nampak seperti nyanyian penyanyi asal.
    Ajai. Inilah pelajar yang sepatotnya mendapat undian penonton.
    Nadia. Persembahan yang bagus. Tetapi pada permulaan nyanyian, espresi  tidak selaras dengan lagu dan mata kelihatan tidak tentu arah.

    RIZ

    Ning. Persembahan yang baik. Pilihan lagu yang seusai. Suara merdu dan sedap didengar.
    Ajai. Anda menjiwai lagu dengan baik. Anda  pandai mengubah melodi dan tidak terikut dengan nyanyian penyanyi asal
    Kak Ogy. Anda nampak bersatu dengan lagu, yakin dan saya dapat merasai maksud lagu itu.

    YANA

    Ning. Permulaan nyanyian agak terabur. Anda perlu memahami lirik dan perlukan imiginasi pada lagu tersebut. Kemampuan vokal ada tetapi perlu lebih dikeluarkan
    Ajai. Anda belum mesra dengan lagu tersebut. Anda perlu menggayakan lagi nyanyian. supaya jangan terlalu mendatar
    Kak Ogy. Espresi tidak selaras dengan maksud lagu. Anda kelihatan tidak selesa di atas pentas.

    NUBHAN

    Ning. Saya suka dengan tone suara anda yang unik. Penghayatan yang baik.
    Ajai. Seharusnya penghayatan perlu diberikan daripada awal.
    Kak Ogy. Anda mempunyai suara yang gemersik.Elakkan daripada meletakkan tangan di dalam poket dan perlu mengawal perasaan takut.

    STACY

    Ning. Anda bermula dengan sangat yakin tetapi menurun sebaik memasuki korus. Suara sedap tetapi perlu memperbaiki lagi sebutan dalam nyanyian.
    Ajai. Jika anda dapat mengekalkan suara ini, mungkin saya akan menjadi peminat suara anda.
    Kak Ogy. Saya suka dengan keyakinan diri yang ditunjukkan. tetapi cara penceritaan dalam nyanyian seperti tidak kesampaian.. Terlalu banyak pergerakan.

    FAISAL

    Ning. Anda mempunyai masalah pitching. Lagu ini mempunyai banyak pesanan dan mesej tetapi tiada dalam penyampaian anda. Berikan lebih perhatian kepada pendengaran muzik.
    Ajai. Anda perlu berhati-hati agar tidak menghidapi ‘tone deaf’
    Kak ogy. Anda tidak memahami lirik lagu hingga tidak dapat menyampaikan mesej lagu ini.

    SAIDA

    Ning. Anda mempunyai suara yang besar tetapi perlu berjaga-jaga dengan pitching. Kelihatan sangat takut.
    Ajai. Anda perlu berjaga-jaga dengan tempo. Perlukan lebih pengahayatan kepada lagu
    Kak Ogy. Anda kelihatan sangat gementar. Emosi yang ditunjukkan tidak konsisten. Anda tidak perlu untuk berpaling-paling ketika menyanyi

    STANLY

    Ning. Kecil-kecil cili padi. Suara anda sangat cantik. Cuma perlu berhati-hati sedikit dengan pitching.
    Ajai. Saya tahu anda boleh melakukan yang lebih baik. Anda mempunyai tone yang sedap tetapi kadangkala tidak jelas
    Kak Ogy. Saya dapat merasai maksud lirik lagu dalam nyanyian anda . Inilah persembahan terbaik malam ini.

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image