Random Post: Avril Lavigne - Girlfriend
RSS 2.0
  • Home
  • About
  •  

    Archive for May, 2008


    Adakah AF7 masih Releven?

    Thursday, May 29th, 2008

    KUALA LUMPUR, 25 MEI 2008: “Kita jumpa lagi tahun depan,” kata Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, bagaikan menjawab teka-teki berhubung adakah lagi Akademi Fantasia 7 (AF7) atau sebaliknya.

    Beliau berkata demikian pada sidang media sejurus selepas berakhirnya konsert akhir AF6 di Stadium Putra, Bukit Jalil tengah malam tadi. Dengan kata-kata itu, ia memberi bayangan bahawa AF7 akan terus diadakan tahun depan.

    Zainir berkata, meskipun jumlah undian AF6 kali ini merosot, program realiti TV itu bagaimanapun masih berjaya mencipta popularitinya tersendiri, sekali gus menjadikan sebuah rancangan hiburan yang paling digemari di Malaysia dan Brunei Darussalam.

    “Kami sudah menjangkakan perkara ini. Jumlah undian AF semakin kurang sejak musim kedua lagi. Tetapi selepas itu AF tetap diteruskan kerana ia masih relevan dengan penonton kita,” katanya.

    AF6 meraih jumlah keseluruhan undi sebanyak 3.8 juta berbanding musim pertama 4.5 juta.

    Bagi jumlah undian pada konsert final AF6 malam tadi, sebanyak 879,000 undian berjaya dicatatkan yang memberi kelebihan kepada Stacy meraih sebanyak 43 peratus berbanding 4 finalis lain.

    Zainir berkata, 3 faktor yang memperlihatkan sebagai AF6 berjaya adalah rating konsert mingguan yang konsisten, strategi Astro dalam memberi hiburan berkualiti kepada pelanggan dan kejayaan memikat pelanggan baru.

    “Dari sudut lain, kami melihat AF sebagai platform untuk bintang baru maju ke depan,” katanya.

    Ditanya di manakah terletaknya kelemahan AF6 yang mungkin boleh diperbaiki, Zainir tidak melihat sebarang kelemahan besar pada penganjuran AF musim ini.

    Dia berkata, pihaknya akan pastikan penganjuran AF pada musim datang akan lebih mantap.

    Mengulas mengenai kemenangan Stacy sebagai juara AF6, Zainir berkata sejarah baru berjaya dicipta kerana dia adalah pemenang pertama dari Malaysia Timur.

    “Kejayaan Stacy adalah pilihan peminat tetapi dia sendiri menunjukkan kemantapan menerusi kedua-dua lagu yang dipersembahkan,” kata Zainir.

    Stacy Juara AF6

    Tuesday, May 27th, 2008

    KUALA LUMPUR - Legasi pemenang wanita Akademi Fantasia (AF) nampaknya disambung oleh Stacy, 18, apabila beliau diumumkan sebagai juara dalam konsert akhir AF6 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, di sini malam tadi.Mendendangkan lagu Atas Nama Cinta dan sebuah lagu baru, Aku Stacy menjadikan Stacy atau nama sebenarnya Stracie Angie Anam sebagai peserta wanita kedua mengulangi sejarah AF setelah Mila berhasil meraih gelaran juara AF5 tahun lalu.

    Kehebatan anak kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu beraksi di pentas sambil disaksikan kira-kira 5,000 penonton menjadikan Stacy memperolehi undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tertinggi daripada penonton.

    Kemenangan ini melayakkan Stacy menerima sebuah banglo empat bilik di A’Famosa Villa, Melaka, sebuah kereta Peugeot 307 XS, wang tunai berjumlah RM25,000, pakej percutian ke Afrika Selatan, pakej pelancongan ke New York, set permainan Sony PlayStation dan trofi AF.

    Sementara itu, naib juara disandang oleh Riz atau nama sebenarnya Mohamad Idris Mohd. Zaizizi, 22, yang mendendangkan lagu 11 Januari dan Hanya Sandiwara.

    Riz menerima kereta Naza Bestari, wang tunai berjumlah RM15,000, pakej percutian ke Afrika Selatan, baucar pelancongan, set alat permainan Sony PlayStation dan trofi AF.

    Tempat ketiga pula menjadi milik Ahmad Nubhan Ahmad, 22, atau Nubhan yang menyampaikan lagu Ada Untukmu dan Bukan Di Sini dendangan asal Sofaz.

    Beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM10,000, pakej percutian ke Afrika Selatan, baucar pelancongan, set permainan Sony PlayStation dan Trofi AF.

    Toi (Khairul Nizam Baharom) menduduki tempat keempat manakala Nadia (Nadia Haswani Hasnan) kelima.

    Program yang disiarkan secara langsung di Astro Ria itu dihoskan oleh AC Mizal manakala Fauziah Datuk Ahmad Daud, Ning Baizura dan Adlin Aman Ramlie bertindak selaku pengkritik.

    Lagu Tugasan Pelajar : Konsert Akhir

    Tuesday, May 20th, 2008

    NADIA
    1. Aku Lebih Tahu (Mila)
    2. Kalut Lagi Mengarut

    NUBHAN
    1. Bukan Di Sini (Sofaz)
    2. Ada Untukmu

    RIZ
    1. 11 Januari (Gigi)
    2. Hanya Sandiwara

    STACY
    1. Atas Nama Cinta (Rossa)
    2. Siti Lela vs Cinderella Aku Stacy

    TOI
    1. Siti Zulaikha (Mawi)
    2. Paling Terindah

    Sorry Stanly

    Sunday, May 18th, 2008

    Top 5 AF6 : Final Concert

    Sunday, May 18th, 2008

     

    Stacy, Nadia, Riz, Nubhan & Toi

    Lagu Tugasan Pelajar : Minggu ke-9

    Tuesday, May 13th, 2008

    NADIA - Lelaki Buaya Darat (Ratu)

    NUBHAN - Tapi Bukan Aku (Kerispatih)

    RIZ - Rock Around The Clock (Bill Haley)

    STACY - Beat It (Michael Jackson)

    STANLY - Kerana (Alleycats)

    TOI - Kau Yang Bernama Seri (Handy Black)

    LAGU BONUS

    Nubhan & Stacy - Ada Cinta (Acha & Irwansyah)
    Riz & Nadia - Endless Love (Luther Vendross & Diana Ross)
    Toi & Stanly - Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & M.Nasir)

    Perjuangan Alif tersekat di konsert ke 8

    Sunday, May 11th, 2008

    Lagu Tugasan Pelajar : Minggu ke-8

    Saturday, May 10th, 2008

    NADIA - Karma (Cokelat)

    NUBHAN - Hanya Kau Yang Mampu (Aizat)

    RIZ - Laskar Cinta (Dewa)

    STACY - Gembira Hidup Ini (Farah)

    STANLY - Naluri Lelaki (Samsons)

    TOI - Kasih Berduka (M. Osman & Les Fentones)

    Lagu Bonus :

    Tak Tahu Antara Dua
    Ada Apa Dengan Cinta
    Sembunyi
    Paling Comel