RSS 2.0
  • Home
  • About
  •  

    AF7 Kembali

    Sebagai bukti sokongan Astro terhadap pembangunan seni tanah air dan meneruskan lagi kegemilangan serta tradisi dalam memberikan perkhidmatan terbaik kepada para pelanggannya.

    Saluran Astro Ria (saluran 104) yang terus sinonim dengan penerbitan rancangan realiti nyanyian popular Akademi Fantasia kini membuka lembaran baru bagi tahun 2009 dengan meneruskan misi bagi pencarian juara baru untuk musim ketujuh.

    Setelah enam musim bersiaran dan berjaya menempatkan kedudukannya tersendiri di hati para peminat seni tanahair, Akademi Fantasia yang masuk musim ketujuh ini memberikan kejutan apabila buat pertama kalinya membuka peluang kepada bukan hanya warganegara Malaysia tetapi juga Singapura.

    Berita baik ini diharap disambut baik oleh peminat-peminat rancangan realiti popular negara-negara jiran seperti Brunei. Ini mengukuhkan lagi matlamat dan usaha Astro dalam memberikan hiburan terbaik kepada pelanggannya melalui mutu produksi dan format yang mantap.

    Elemen pembaharuan ini tidak terhenti di situ apabila Akademi Fantasia musim ketujuh juga turut menjemput golongan artis tidak kira sama ada dari bidang nyanyian mahupun lakonan turut serta menyertai pertandingan nyanyian realiti popular ini.

    Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan, objektif utama penerbitan Akademi Fantasia pada musim adalah untuk memberikan kelainan dalam kandungan tempatan dan format program di samping komitmen dalam mencari dan membimbing bakat-bakat baru bagi mewarnai persada seni tempatan.

    “Bersesuaian dengan arus peredaran zaman, beberapa elemen pembaharuan dilakukan bagi memberikan saingan yang lebih sengit.

    “Buat pertama kalinya, kami bukan sahaja membuka peluang kepada warganegara Malaysia tetapi juga kepada warganegara Singapura termasuklah golongan artis yang ingin mencuba nasib dalam pertandingan realiti nyanyian popular ini.
    “Walau bagaimanapun, kami hanya memberi peluang kepada artis yang tidak terikat dengan sebarang kontrak rakaman dan pengurusan.

    “Perubahan elemen kepada syarat kelayakan penyertaan ini juga turut mengalu-alukan penyertaan peserta dari negara jiran iaitu Singapura. Keputusan bagi membuka peluang kepada warganegara Singapura ini dilihat sejajar dengan hasrat saluran Astro Ria yang ingin meluaskan pengaruhnya kepada penonton di Singapura,” kata Khairul.

    Di SingapuAkademi Fantasia boleh ditonton melalui mio TV, milik Singtel. Ia membuka peluang kepada Astro Ria terutamanya Akademi Fantasia untuk meraih sokongan yang meluas dari seluruh warganegara Singapura.

    “Pihak penerbitan dan produksi tidak sabar-sabar lagi untuk memulakan penjelajahan uji bakat ke empat buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Johor, Sabah dan Sarawak bagi mencari bakal-bakal penyanyi yang berpotensi untuk diketengahkan,” ujar Khairul lagi.

    Siapa pula akan jadi juara selepas Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila dan Stacy? Hangat lagikah Akademi Fantasia yang banyak dikritik pada musim lalu?

    Uji bakat akan diadakan di Kompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur (17-18 Januari), The Zon Regency Hotel, Johor Bahru (24-25 Januari), 1Borneo South Atrium, Kota Kinabalu (30-31 Januari dan 1 Februari), Enter K Entertainment, Crown Tower, Kuching pada 31 Jan dan 1 Feb dan seterusnya sekali lagi diKompleks Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 7 dan 8 Februari.

    Kaunter pendaftaran dibuka dari pukul 9.00 pagi hingga 1.00 petang dan para peserta digalakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.

    Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R dan menyanyi secara acapella lagu-lagu pilihan untuk wanita ialah No One (Alicia Keys), Kalis Rindu (Elyana),Dikir Puteri (Noraniza Idris), Karma (Cokelat), Tari Silat Melayu (Aishah).

    Lagu peserta lelaki pula Angan dan Sedar (Mawi), You Raise Me Up (Josh Groban), Ketelusan Hati (Anuar Zain),Hanya Engkau Yang Mampu (Aizat) dan Ada (M.Nasir).

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image