Random Post: Birdman - Believe Dat
RSS 2.0
  • Home
  • About
  •  

    Senarai 20 Calon Akademi Fantasia 7 diumumkan

    Nama 20 calon pelajar  Akademi Fantasia 7 telah diumumkan hari ini, tanpa diketahui siapakah bakal Pengetua AF7. Setelah menjelajah 4 buah negeri hanya 20 pelajar yang terbaik sahaja terpilih daripada beribu-ribu yang datang mencuba bakat dalam sesi uji bakat pada musim kali ini. Kesemua 20 calon pelajar akan menjalani satu lagi peringkat saringan dan keputusan mutlak siapakah pelajar AF7 bakal kita ketahui pada program Tirai Akademi Fantasia 7 iaitu Sabtu dan Ahad ini, 7 & 8 Mac 2009. Daripada 20 calon itu, seorang peserta adalah artis rakaman iaitu Nas Adila manakala 2 lagi, Aril dan Abraham, adalah peserta program realiti TV. Abraham adalah Top 4 program One In A Million 2 dan Aril pula adalah pengacara dan peserta Gangstarz yang juga adik kepada penyanyi Izwan Pilus. Selain Aril, ada 2 lagi calon mempunyai ikatan dengan artis Isma dan Lizda. Isma atau nama sebenarnya, Ismaliza Ismail adalah kakak kepada penyanyi Tomok dan isteri kepada komposer dan penyanyi, Zul 2By2. Manakala, Lizda pula isteri kepada pelakon drama terkenal, Ezany.

    Senarai 10 calon pelajar lelaki

    1. AMIM (Abdul Hamim bin Haji Suleiman, 21, Johor Bahru, Johor)
    2. AB (Abraham Edwin Dungot, 26, Ranau, Sabah)
    3. AKIM (Afiq Hakim bin Ahmad, 18, Johor Bahru, Johor)
    4. OBRI (Ahmad Sobri bin Hasmuni, 24, Johor Bahru, Johor)
    5. KELANA (Kelana bin Ayu, 40, Bintulu, Sarawak)
    6. ARIL (Khairil Azam bin Pilus, 24, Kuala Lumpur)
    7. HAFIZ (Mohd. Hafiz bin Mohd Suip, 19, Kuching, Sarawak)
    8. QHAUD (Mohd Qhauhd bin Abdul Rashid, 25, Selangor)
    9. SIDI (Mohd. Rashidi bin Mohamad Isa, 27, Ipoh, Perak)
    10. YAZID (Mohd. Yazid bin Ibrahim, 22, Johor Bahru, Johor).

    Senarai 10 calon pelajar perempuan

    1. FAEZAH (Alpaezah binti Manaf, 20, Keningau, Sabah)
    2. CABBY (Cabrine Blaire Bernard Solibun, 20, Kota Kinabalu, Sabah)
    3. CLAUDIA (Claudia Fay Geres, 24, Kuching, Sarawak)
    4. ISMA (Ismaliza binti Ismail, 30, Kuala Lumpur)
    5. LIZDA (Lizda Nuryanti binti Abidin, 27, Tawau, Sabah)
    6. ADILA (Nas Adila binti Mohd Dan, 23, Johor Bahru, Johor)
    7. ZIZI (Nur Fazelah @ Zizie binti Mohd Tahil)
    8. RUBISA (Rubisa binti Tiasin; 23, Kota Marudu, Sabah)
    9. AISHAH (Siti Aishah binti Bujang, 18, Kuching, Sarawak)
    10. RINI (Zuzafrini binti Zulkifli, 26, Kajang, Selangor)

    7 Responses to “Senarai 20 Calon Akademi Fantasia 7 diumumkan”

    1. kim huyn joong Says:

      af boringggggggg………

    2. donna Says:

      boring..tutop la tv.. bez citer..
      huk alloh

    3. erizyana Says:

      fuyoh2..dahsyat nyer af thn ni..apsal nmpk cam rileks giler,erk?xda effort.nk populariti jer rupanya..
      buktikan…af buleh…maju af..:)

    4. pit Says:

      rini bodoh suara macam katak…muka pun tolol…huuhuh
      zizi gedik x tahu diri sendiri gigi byk mcm lh die best sgt….poya je…

    5. pit Says:

      hafiz chayo2 lah….u will become something work harder.

    6. pipit Says:

      hafiz and qhaud all the best k………..
      korng punye suara sgt lah…….

    7. myra Says:

      halo00o0 QHAUD agawk2 blewr dpt jumpe?hehehehe

    Leave a Reply

    *
    To prove you're a person (not a spam script), type the security word shown in the picture.
    Anti-Spam Image