Random Post: Puddle Of Mudd - Famous
RSS 2.0
  • Home
  • About
  •  

    Archive for the ‘Konsert’ Category


    Laporan Konsert Mingguan Keempat

    Monday, April 9th, 2007

    Argghhh… naper tak kuarkan semua je.

    Aku sangat terkezzzut .. dgn kezutan semalam.

    Fatin, Farha dan Noni dikeluarkan sekaligus.

    Pelajar kegemaran aku pulak tu yg keluar….

    Harap ada AFMASUK kembali.

    Aku takmo komen pape jugak. Masih hangin ngan result semalam.

    Korang layan gambo je lah yer. layann……

    P/s : Profesor Madya Khairil Johari Johar dijemput sebagai pengkritik jemputan menggantikan tempat Hattan kerna Hattan terlibat dgn konsert Gegar Retro Sinar di Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur.

    (more…)

    Laporan Konsert Mingguan Ketiga

    Friday, April 6th, 2007

    Tiada penyingkiran

    Malas nak komen pape.

    Layan je sedikit foto di bawah. layannnn…..

    (more…)

    PENGUMUMAN KONSERT KE-3 !!!

    Tuesday, March 27th, 2007

    Pihak ASTRO melaui diari AF malam tadi (26/03/07), AZNIL
    telah mengumumkan bahawa konsert minggu ke-3
    telah pun dipindahkan pada 01APR 2007 waktu 1.30PTG ( 1330hrs)

    Hari Sabtu 31/03/07.. adalah hari sambutan maulidul rasul dan
    dan tema minggu ini ada kena mengena dengan lagu2 yang telah
    dipilih dan ditugaskan pada pelajar.. maka konsert kali ini diubahkan

    Penilaian Aku Sendiri

    Tuesday, March 27th, 2007

    Kritikan Konsert AF5 1

    Fauziah Latiff,Hattan dan Ogy dipilih sebagai pengkritik tetap untuk musim ini. Komen  makin positif kepada  pelajar2.

    Komen Persembahan

    Candy - Semua Jadi Satu 7/10

    Rizal - Kembali Merindu 6.5/10

    Ebi - Bailamos 7/10

    Heliza - Aku Bukan Utk Mu 9/10

    Aizad - Basketcase 8.5/10

    Fatin- Bila Rindu Ku Sebut Nama Mu 8/10

    Farha - Biarkan Aku Menangis 8/10

    Mila - Got To Tell You 7.5/10

    Afiq - Biso Bonar 7.5/10

    Noni - Mi Rae 8.5/10

    Dekna - Cinta 7.5/10

    Dafi - Pencinta Wanita 8/10

    Aswad - Nak Kahwin, Duit Tak Ada 8.5/10

    Shawal - Kenangan Mengusik Jiwa 9.5/10

    Rumusan

    Persembahan Pilihan - Heliza, Noni & Shawal

    Pelajar Pertama Tersingkir : AFIQ

    Laporan Konsert Mingguan Kedua

    Tuesday, March 27th, 2007

    Konsert kedua Akademi Fantasia 5 (AF5) yang diadakan di Dewan Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) kelihatan lebih baik sedikit daripada konsert pertama.Sekurang-kuangnya pengetuanya, Roslan Aziz, menyedari beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki. Paling ketara susunan muzik kedengaran lebih elok dan adegan tangisan sedu sedan tidak keterlaluan.

    Kritikan Ogy tidak sepedas seperti minggu yang lalu. Ramai yang tertanya-tanya akan perubahan pengkritik tetap yang terkenal dengan kata-kata pedas

    Namun apa yang menjadi kemusyikilan tentang kritikan yang diberikan oleh pengkritik tetap AF terutamanya Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih mesra dengan panggilan Ogy.

    Dari mula konsert hingga ke akhir semua persembahan dipuji. Bukan sedikit-sedikit kadangkala terasa janggal pula apabila daripada pemerhatian kita persembahan tersebut kurang memberangsangkan.

    Nasib baik dua pengkritik lagi, Hattan dan Fauziah Latiff tidak terlalu ‘over’ memuji. Apa faktor yang menyebabkan pengkritik paling lantang itu bersikap sedemikian. Jelas kritikan itu seolah-olah tidak berapa ikhlas datangnya dari Ogy.

    Seakan-akan sikap Ogy seperti mahu membantu supaya konsert tersebut tidak terus menerus dihentam oleh pihak media mahupun pemerhatian luar. Atau Ogy menerima arahan daripada pihak tertentu agar memberi kritikan yang lebih lembut dan bersopan santun. Hanya Ogy sahaja yang mempunyai jawapan disebalik perkara itu.

    Ketika ditemui selepas konsert kata Ogy, “Kritik malam ini datangnya dari saya sendiri. Bukannya diarah oleh orang atasan atau sebagainya. Ini yang saya mahukan dari mereka. Bila minggu lepas saya bagi kritikan membina mereka menerimanya dan buktinya persembahan malam ini nampak peningkatannya.”

    Tambah pelakon dan penyanyi ini lagi, kesemua pelajar mempamerkan persembahan yang memberangsangkan berbanding minggu lalu.

    “Nampak peningkatan jika minggu lepas hanya 30% yang diberi tapi minggu ini persembahan mereka boleh dikatakan 60 % lebih bagus. Ada kesungguhan daripada pelajar-pelajar itu. Saya happy dengan persembahan minggu ini,” katanya.

    Kata Ogy lagi persembahan Dekna, Shawal patut diberi pujian, “Dekna gedik bertempat dan Syawal juga tidak menghampakan. Dafi pula, memang tak dapat dinafikan mempunyai beberapa kelemahan tapi dia mesra kamera. Saya yakin dia akan belajar lebih lagi jika masih bertahan dan berharap dia akan mendapat lagu yang lebih mencabar kredibilitinya.”

    Sama seperti konsert-konsert terdahulu pastinya akan ada kejutan yang diadakan. Jika tidak ada kejutan bukan AF namanya. Kejutan minggu ini pihak penerbit membawakan 3 diva iaitu Kris Dayanti, TT D.J dan Ruth Sahanaya sebelum Candy tampil membuat persembahan untuk memberi semangat kepadanya.

    Namun apa yang ingin dipersoalkan ialah masih wujud adegan cium pipi yang sepatutnya tidak berlaku antara tiga diva itu dengan penari yang muncul memberikan bunga kepada mereka.

    Pengurus Saluran Astro Ria Khairul Mizan Shagull berkata, “Mungkin itu cara 3 diva tersebut. Style mereka memberi penghargaan.”

    Mungkin pihak penerbit sepatutnya memberi garis panduan kepada artis jemputan mahupun penari supaya lebih sensitif dengan budaya masyarakat Malaysia.

    Ditanya tentang penari-penari yang berpakaian seksi yang juga dilihat tidak bersesuaian untuk ditonton oleh seisi keluarga, jawab Khairul Mizan, “Kita akan kaji perkara itu. Kami akan berbincang dengan pihak produksi nanti mengenai perkara tersebut.”

    Konsert yang biasa-biasa saja

    Jika ingin dikatakan tentang konsert tempoh hari daripada lima bintang mungkin hanya 2 bintang boleh diberikan. Bukan tidak mahu memuji namun tiada apa yang terlalu istimewa ingin diperkatakan.

    Mungkin persembahan Candy, Syawal, Heliza bolehlah dikatakan okay. Namun yang lain-lain masih ditakuk lama. Persembahan Ebi menerusi lagi Bailamos kelihatan agak kelakar dan kurang menarik namun tetap diberi pujian.

    Aizat pula tampak jelas over confident tatkala menyanyikan lagu Basket Case. Bukan tidak boleh, tetapi mungkin lebih elok disimpan sedikit perasaan tersebut.

    Satu-satunya peserta paling cute, Dafi masih seperti minggu lalu. Sekadar menyanyikan lagu yang mencukupi syarat, vokal Dafi masih belum tergugat. Manakala Dekna yang menyanyikan lagu Cinta, Rizal (Kembali Merindu), Fatin( Bila Rindu Ku Sebut Namamu) Farha (Biarkan Aku Menangis) dan Mila (Gotta Tell You) masih mempamerkan sebuah persembahan yang sekadar cukup-cukup makan.

    Mereka perlu berebut peluang yang ada untuk menonjolkan diri masing-masing agar tidak terkeluar untuk minggu-minggu seterusnya.

    Namun pujian patut diberikan kepada Noni kerana berjaya menyanyikan lagu Jepun, Mi Rae dengan baik. Mungkin bukan satu tugas yang mudah tetapi beliau mengambil inisatif untuk relaks dan menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

    Bagi Aswad pula, baru pertama kali beraksi di pentas nyata dia seakan-akan jelmaan salah seorang kumpulan boria dari Pulau Pinang. Mungkin dia patut mengubah apa yang perlu jika mahu bergelar penghibur AF.

    http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_8c0113d0-c0a85062-1d10ea20-4a10da3f

    Laporan konsert pertama

    Saturday, March 24th, 2007

    Kritikan Konsert AF5 1

    Fauziah Latiff,Hattan dan Ogy dipilih sebagai pengkritik tetap untuk musim ini.

    Komen Persembahan

    Aizat - Kasi gegar sket!! (Pangeran Cinta) 6/10

    Afiq - Caya beb!! (Janjiku) 3/10

    Mila - What’s up!! What’s up!! Check it out guys!! (Bersamamu) 4/10

    Dafi - Baik Punya!! (Uptown Girl) 5.5/10

    Diya - Cak!! (Aku masih setia) 5/10

    Farha - Mantap tu Joe!! (Balada Pemuzik Jalanan) 8/10

    Ebi - Relaks!! (Milik siapakah gadis itu?) 4.5/10

    Dekna - Wow!! (Tanpamu) 5.5/10

    Shawal - Agogo!! (Harapan) 5/10

    Candy - Miaww!! (Ka Ching) 6.5/10

    Rizal - Sik cayak?? (Menanti Sebuah Jawapan) 3.5/10

    Noni - Peace muaahhh!!! (Tak ada logika) 9/10

    Heliza - Beres!! (Kau pergi jua) 9.5/10

    Rumusan

    Persembahan Pilihan - Heliza, Noni & Farha

    Pelajar Pertama Tersingkir : DIYA